Tuesday, May 9, 2017

Lesen motorsikal lwbih murah bagi B40

SemasaSabtu, 15 April 2017 @ 5:30 PM

Lesen motosikal lebih murah bagi B40

KUALA LUMPUR: Golongan kelompok B40 kini boleh memiliki Lesen Memandu B2 dengan bayaran serendah RM100, berbanding kadar biasa RM360.Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata langkah itu bertujuanmembantu mereka meningkatkan pendapatan."Dengan memiliki lesen motosikal, merekaboleh mendapatkan pekerjaan seperti penghantar makanan dan penghantar surat."Saya mendapati ramai dalam kalangan mereka ini (B40) tidak mempunyai lesen sedangkan permintaan untuk menghantarmakanan di ibu kota sangat tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Penutup MyPrihatin Parlimen Titiwangsa dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).Yang turut hadir, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siron dan Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Datuk Md Ziki A Rahman.MyPrihatin yang dilancarkan hari ini, menyasarkan individu berusia 16 tahun keatas memiliki lesen memandu motosikal.Sebelum ini, JPJ melaporkan kira-kira 3.5 juta penunggang motosikal berumur 16 tahun ke atas di negara ini tidak memiliki lesen.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Sunset