Seram sejuk bila baca ;
DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI
PADANG MAHSYAR ===============
========================
1. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan
dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di
dunia suka mengganggu jiran tetangga.
2. Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai
babi. Mereka adalah golongan yang malas dan
lalai dalam solatnya.
3. Dibangkitkan dalam keadaan perut
membesar dengan di dalamnya penuh dengan
ular dan kala jengking kerana di dunia mereka
tidak membayar zakat.
4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya
mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka
suka menipu.
5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk
dan busuk daripada bangkai kerana ketika di
dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara
sembunyi kerana takut dilihat orang , tetapi tidak
takut kepada Allah S.W.T.
6. Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus
kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian
palsu.
7. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah
kerana selalu berdusta ketika di dunia.
8. Dibangkitkan daripada kubur dalam
keadaan kepala terssungkur, sedangkan kedua –
dua kakinya di atas kepala dan farajnya
mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air
kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina
dan mati sebelum sempat bertaubat.
9. Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang
hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi
api kerana ketika di dunia, mereka selalu
memakan harta anak yatim secara zalim.
10. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan
kusta kerana ketika hidup di dunia dia
menderhaka kepada orang tua.
11. Dibangkitkan dalam keadaan buta hati,
giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai
ke dada, lidahnya sampai keperut manakala
perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan
perutnya penuh kekotoran kerana ketika
hidupnya, mereka gemar meminum arak.
12. Mereka yang dibangkitkan daripada kubur
dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama
dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat
kerana golongan itu ketika hidupnya rajin
beramal soleh, meninggalkan maksiat dan
menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.
Sunday, April 23, 2017
Seram sejuk bila baca ; DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAJSYAR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured post
-
RAMADAN TIME TABLE FOR 2017 Day Ramdan date sahur Iftaar Fri 01 28/05 4:30 6:24 ----------------------- ...
-
Assalamualaikum... lawas sarawak ..kampung pa'puti 15km dari kpg pengalih.rasanya ramai yg tdak tahu wujudnya kpg ini.tempat yg menyim...
-
Assalamualaikum.resepi dadah tahai .nama resepi memang pelik tapi bukan dadah merbahaya.dadah tahai adalah dari ikan tamban yang di salai da...
-
Explore ke ulu Trusan lawas.view ulu trusan jalan jalan waktu pagi. Jambatan gantung yg ku tahu.kpg long sebulu kpg tang sango kpg long ten...
-
Tempat menarik d lawas .jambatan punang org luar ngail indapong .handal ngalahkan org punang asal ...
-
Punang Beach beautiful view . Place to play. A lot of my memories. Assalamualaikum.. Jalan jalan di kampung saya sendiri.pantai kampung pu...
-
Kene simpan ilmu ni baik2... Orangnya pun dah takda lagi... (AlMarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din) 1) - *Apabila dipatuk ular, penawar ad...
-
Petua kesihatan.beberapa gambar untuk jadi rujukan kesihatan diri kita.amalkan semoga terhindar dari segala penyakit..InsyaAllah Berdoa pad...
-
Santai d hujung minggu.mengenalkan kpg yg mempunyai pantai....Punang 12km dari lawas berada di utara sarawak.lawas juga bersempadan dgn nege...
No comments:
Post a Comment